- Menurut Harold koontz dan Heinz Wehrich mentakrifkan pengurusan sebagai proses merancang dan memelihara persekitaraan apabila individu bekerja bersama dalam kumpulan, mecapai matlamat dengan berkesan. Manakala menurut Wan Azmi pula berpendapat bahawa pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.
PENGERTIAN PENTADBIRAN.
- Pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu kerja pejabat kerajaan dan lain-lain. Ia juga satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen. Menurut Ibnu Khaldun, beliau menyatakan bahawa pentadbiran Islam adalah ira sati ad-din wasiyasatun dunya bih (meletakkan agama di tempat yang paling tinggi dan mentadbir dunia dengannya).
SISTEM PENGURUSAN ISLAM DAN BARAT.
Sistem pengurusan Islam.
- Al buraey menyatakan bahawa Al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang apa itu pentadbiran. Namun ianya menggunakan bahasa arab iaitu 'yudabbiru'bermaksud mengarah, memimpin,mengendali,mengurus,merancang,mengatur,mengawal dan buat perancangan dan perniagaan.
- Mohd Affandi Hassan menyatakan bahawa pentadbiran islam ialah penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifahnya.
- Pentadbiran dan pengurusan islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran.
"katakanlah. Sesungguhnya sembahyangku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah
tuhan semesta alam" (surah Al-An'am . 6:162)
tuhan semesta alam" (surah Al-An'am . 6:162)
- Islam juga menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai satu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang
berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara
manusia supaya kamu menetapkan dengan adil" (Surah An-Nisa : 4:58).
Sistem pengurusan barat
- Pengurusan sebagai penyelaras tenaga kerja untuk mencapai matlamat negara. (L.D WHITE)
- Pengurusan sebagai melaksanakan perintah dan menyelaras kegiatan bersama kelompok. (TAJI).
- Teori pengurusan barat sebenarnya berasal daripada logika Cartesian dan pemikira Aristotle. Ia berasaskan kepada model rasional, analitikal, causative dan probalistic. Jelas di sini bahawa konsep pengurusan barat mempunyai banyak perbezaan dengan konsep pengurusan islam yang bukan sahaja bersumberkan aqilah tetapi juga wahyu ilahi.